...السلام عليكم و أهلا وسهلا إلى هذا الموقع الجديد
Alhamdulillah .. terima kasih kerana sudi berkunjung blog ini. Tujuan blog ini dibina adalah untuk memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar bahasa Arab yang memfokuskan kepada pelajar menengah rendah iaitu tingkatan 1, 2 & 3. Dalam kekalutan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar penularan CoViD-19 dapat dibendung dan dihapuskan dengan jayanya, saya mengambil inisiatif untuk membina beberapa modul e-pembelajaran yang berplatformkan quizizz dan google form, memandangkan medium ini biasa digunakan dalam pembelajaran seluruh dunia dan sangat mesra pengguna dan pembina.
.
VERSI TERBARU
Dalam versi kali ini saya telah berjaya menghasilkan Modul Kemahiran Mendengar Kosa Kata bagi semua tajuk Buku Teks Tingkatan 1. Di samping itu, turut disediakan Modul Kemahiran Mendengar Frasa bagi semua tajuk Buku Teks Tingkatan 1. Memandangkan masa yang terhad untuk menyiapkan bahan, hanya ini dahulu yang saya dapat sediakan buat kali ini. Diharapkan pengunjung juga dapat mengambil manfaat daripada modul-modul yang lain yang telah sediakan kepada pengunjung. Sekian, terima kasih. #اسكنوافي بيوتكم ..
والسلام
Alhamdulillah...sangat bermanfaat ustaz..saya minta izin utk beri latihan2 ini pada murid2 saya ya ustaz..Barakallahu fik..Jazakallahu khairal jazak
ReplyDelete