DISKUSI DSKP #1
European Framework of Reference for Languages (CEFR) & bahasa Arab KSSM
European Framework of Reference for Languages (CEFR) merupakan satu standard antarabangsa bagi menguasai kemahiran berbahasa termasuk bahasa Arab. Pendekatan ini meliputi skala 6 poin atau turut dikenali skala 6 peringkat dalam kebolehan berbahasa. Poin-poin yang terdapat dalam sekala tersebut kadangkala dipilih berdasarkan kesesuaian untuk diajar dan dipelajari. Poin-poin tersebut ialah secara berperingkat iaitu A1, A2, B1, B2, C1 dan C2.Rajah penyesuaian CEFR bagi tahap pendidikan mengikut tahap sekolah. Rajah asal daripada https://www.coe.int/en/web/common-european-framework-reference-languages/level-descriptions
Bahasa Arab KSSM
Interaksi sosial secara lazimnya adalah melibatkan kepada komunikasi secara aktif. Hal ini menunjukkan bahawa hasrat bahasa Arab KSSM adalah menitik beratkan kepada kebolehan pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dalam apa jua situasi. Penekanan semata-mata kepada kemahiran menulis dan membaca sahaja akan menyebabkan kemahiran bertutur dipinggirkan. Paling menyedihkan ialah apabila masih berbaki kesan desakan daripada berpusatkan peperiksaan (exam oriented) semata-mata dan pembelajaran berpusatkan guru sahaja.
Jika dirujuk kepada tahap B1 dalam rajah CEFR, tahap peringkat pertengahan adalah mensasarkan kepada pelajar tingkatan 1 hingga 3. Secara amnya tahap B1 dapat difahami bahawa pelajar mampu untuk menyatakan secara ringkas tentang diri sendiri seperti memperkenalkan diri, menceritakan dan berinteraksi dengan individu-individu lain dalam tema tertentu.
Tema bagi Tingkatan 1 :
Tema bagi Tingkatan 2 :
Tema bagi Tingkatan 3 :
No comments:
Post a Comment