Thursday, 17 December 2020

اليوم العالمي للغة العربية 2020

 



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بمناسبة اليوم العالمي للغة العربية في 18 ديسمبر 2020، ينظم قسم االغة العربية بالكلية الجامعية الإسلامية ببهانج السلطان أحمد شاه (KUIPSAS) مسابقة الفيديو القصير ومسابقة الملصق العربي. 

Bersempena dengan Hari Bahasa Arab Sedunia pada 18 Disember 2020, Jabatan Bahasa Arab Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shag, Kuantan, Pahang (KUIPSAS) telah menganjurkan Pertandingan Video Pendek dan Poster Bahasa Arab.

Alhamdulillah poster saya telah tersenarai di antara 10 yang terbaik dalam pertandingan ini. Mohon LIKE dan SHARE hasil kerja saya ini tanda sokongan anda di :

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️



👇👇👇👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👇👇




Tuesday, 8 December 2020

Dialu-alukan untuk Like & Subscribe

Sila Tonton dan UNDI di: 

https://arabicvideocontest.com/pertandingan/?contest=video-detail&video_id=5235

Video pendek di atas merupakan hasil kerja pelajar Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah, Kuantan Pahang dalam Pertandingan Video Pendek Bahasa Arab 2020 anjuran ICESCO dan Bahagian Pendidikan Islam (BPI). Harap para pengunjung untuk Subscribe dan Like. Maaf di atas kekurangan.

 

Wednesday, 8 April 2020

Selamat Datang

...السلام عليكم و أهلا وسهلا إلى هذا الموقع الجديد

Alhamdulillah .. terima kasih kerana sudi berkunjung blog ini. Tujuan blog ini dibina adalah untuk memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar bahasa Arab yang memfokuskan kepada pelajar menengah rendah iaitu tingkatan 1, 2 & 3. Dalam kekalutan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar penularan CoViD-19 dapat dibendung dan dihapuskan dengan jayanya, saya mengambil inisiatif untuk membina beberapa modul e-pembelajaran yang berplatformkan quizizz dan google form, memandangkan medium ini biasa digunakan dalam pembelajaran seluruh dunia dan sangat mesra pengguna dan pembina.
.
VERSI TERBARU

Dalam versi kali ini saya telah berjaya menghasilkan Modul Kemahiran Mendengar Kosa Kata bagi semua tajuk Buku Teks Tingkatan 1. Di samping itu, turut disediakan Modul Kemahiran Mendengar Frasa bagi semua tajuk Buku Teks Tingkatan 1. Memandangkan masa yang terhad untuk menyiapkan bahan, hanya ini dahulu yang saya dapat sediakan buat kali ini. Diharapkan pengunjung juga dapat mengambil manfaat daripada modul-modul yang lain yang telah sediakan kepada pengunjung. Sekian, terima kasih. #اسكنوافي بيوتكم .. 
والسلام


Tuesday, 7 April 2020

e-Pembelajaran Bahasa Arab KSSM

Bahan-Bahan e-Pembelajaran yang disusun oleh Ahmad Shafie bin Mohamad (Tenaga pengajar Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah, Kuantan, Pahang). Jika ada sebarang komentar, cadangan dan aduan sila klik : Telegram atau Whatsapp.